Andai saya diberi masa selama seminit untuk bertemu rasulullah, saya akan memohon untuk diberikan syafaat kepada saya dan seluruh keluarga saya terutama umi dan abah yang telah menjaga dan memberi kasih sayang yang tidak pernah putus...
untuk mendapatkan syurga Allah memang susah, tetapi untuk neraka teramatlah mudah...
Sabtu, 14 Januari 2012
SITI HAJAR...
Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menempuh rintangan.
Perintah Tuhan, Hajar laksanakan,
Di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalang,
Terpacarlah mata air zamzam,
Kurnian Tuhan berlimpah-limpah.
Bukit Safa dan Marwa menyaksi kan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa yang dilakukan,
Itulah sai' dikerjakan insan.
Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengaku kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari redha daripada Ilahi,
Kerana Tuhan adalah.....,
Yang maha benar dan hakiki.
Langgan:
Catatan (Atom)
