Khamis, 28 Julai 2011

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
agong cintanya pada Allah dan Rasulullah,
hartanya di perjuangkan ke jalan fisabilillah,
penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama...
dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijak,
pendorong kesusahan dan penderitaan,
tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku,
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
akur dalam setiap perintah,
taat pada abunya, yang sentiasa berjuang,
tiada memiliki harta dunia,
layaklah dia sebagai wanita panghulu syurga...
Ketika aku marah,
ingin ku intip serpihan salar,
dari catatan Siti Sarah...

Tabah jiwaku,
setabah umi Nabi Ismail,
mengendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga,
di terik padang pasir merak,
ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
pengharapannya hanya pada Allah,
itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman,
bersinar indah, harum terselah,
bagai wanginya pusara Masyitah...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betapa hebatnye perjuangan para srikandi islam, moga kite akan menjadi seperti merka.amin...