Sabtu, 14 Januari 2012

Andai saya diberi masa selama seminit untuk bertemu rasulullah, saya akan memohon untuk diberikan syafaat kepada saya dan seluruh keluarga saya terutama umi dan abah yang telah menjaga dan memberi kasih sayang yang tidak pernah putus...

SITI HAJAR...

Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menempuh rintangan.

Perintah Tuhan, Hajar laksanakan,
Di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalang,
Terpacarlah mata air zamzam,
Kurnian Tuhan berlimpah-limpah.

Bukit Safa dan Marwa menyaksi kan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa yang dilakukan,
Itulah sai' dikerjakan insan.

Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengaku kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari redha daripada Ilahi,
Kerana Tuhan adalah.....,
Yang maha benar dan hakiki.

Khamis, 25 Ogos 2011

HARI RAYA AIDILFITR

Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadi kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan
Mohon Maaf Zahir dan Batin
Daripada saya & keluarga...


''SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ''

Khamis, 28 Julai 2011

Selamat Berpuasa


Alhamdulillah, puasa tinggal beberapa hari saja lagi, mudah-mudahan Allah memberkati seluruh umat islam di serata dunia. Ingat puasa-puasa juga tapi bila time berbuka jangan jadi macam dekat tepi ni tau...

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
agong cintanya pada Allah dan Rasulullah,
hartanya di perjuangkan ke jalan fisabilillah,
penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama...
dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijak,
pendorong kesusahan dan penderitaan,
tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku,
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
akur dalam setiap perintah,
taat pada abunya, yang sentiasa berjuang,
tiada memiliki harta dunia,
layaklah dia sebagai wanita panghulu syurga...
Ketika aku marah,
ingin ku intip serpihan salar,
dari catatan Siti Sarah...

Tabah jiwaku,
setabah umi Nabi Ismail,
mengendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga,
di terik padang pasir merak,
ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
pengharapannya hanya pada Allah,
itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman,
bersinar indah, harum terselah,
bagai wanginya pusara Masyitah...

Sabtu, 9 Julai 2011

HARI 1 BERTEMU ALLAH D HADIRATUL QUDDUS

Malaikat Jibril Membuka Pintu Syurga Khuldi

Diriwayatkan setelah semua manusia yg layak msk ke syurga sudah memasuki syurga, pd suatu hari yg ditentukan, Allah memerintahkan Malaikat Jibril utk membawa semua ahli syurga ke sebuah perkampungan bernama Hadiratul Quddus. Hadiratul Quddus terletak di sebuah syurga yg bernama Syurga Khuldi.
          Apabila Malaikat Jibril & semua rombongan ahli syurga sampai d pintu msk Syurga Khuldi, maka muncullah malaikat yg menjadi pengawal kpd syurga tersebut, lalu bertanya, ''Apakah bicara & kehendak tuan bersama rombongan manusia yg ramaiini ke perkampungan syurga yg tdk pernah dijejaki oleh seorg manusia pun.''
          Lalu Malaikat Jibril menjawab, ''Aku d perintahkan oleh Allah, pentadbir seluruh alam utk menghantar tetamu-tetamunya dari org2 yg bernasib baik, bagi menduduki Hadiratul Quddus.''
          Setelah mendengar kata2 Malaikat Jibril , maka malaikat penjaga pintu Syurga Khuldi dgn segera membuka pintunya & membenarkan Jibril & semua tetamu2 Allah SWT tersebut menuju ke perkampungan syurga Hadiratul Quddus. Malaikat Jibril pun msk ke dlm syurga lalu menaiki 1 puncak mahligai yg tinggi seraya berkata, ''Wahai Muhammad, masuklah tuan hamba bersama para nabi, para sahabat & sekalian manusia yg menjadi calon penghuni ke taman syurga Hadiratul Quddus ini utk menikmati segala kemewahan yg telah dijanjikan Allah dahulu.''Maka masuklah RasulullahSAW & semua tetamu Allah dgn menaiki kenderaan khas yg disediakan.
          Apabila mereka melalui jln d dlm tmn syurga, tiba2 semua pohon kayu kecill & besar yg menghiasi tmn itu utk memberi hormat kpd rombongan tersebut.Sepanjang perjalanan, mereka diperlihatkan pemandangan tmn yg indah lagi mengagumkan, melalui bangunan serta mahligai yg diperbuat dari emas, perak, batu delima & lain-lain.Pd setiap pintu mahligai tersebut tertulis nama penghuni yg bakal memilikinya, manakala, d dlmnya menunggudgn wajah kerinduan akan para bidadari yg amat jelita, menunggu dgn penuh sabar akan saat pertemuaan yg sudah terlalu hampir akan kedatangan suami mereka yg bakal menjadi penghuni & raja d mahligai tersebut.

Jumaat, 8 Julai 2011

NASIHAT DRP SAYA

Setiap yg hidup lawannya mati & setiap yg baik pasti lawannya jahat. Begitu juga dgn balasan Allah SWT iaitu syurga & neraka yg bersesuaian dgn amalan setiap insan d dunia ini. Bagi meraih syurga idaman, setiap insan perlulah melaksanakan amanah & tanggungjawab yg d beri dgn ikhlas & penuh kejujuran. Sebaliknya bagi sesiapa yg memilih utk msk neraka, mereka tdk perlulah bersusah-payah mencari keredhaan Allah, sebaliknya hanya perlu mengikut dorongan hawa nafsu semata-mata.
     terpulanglah kpd kita pilihan mana yg terbaik utk kita & seluruh kaum keluarga, sanak saudara & sahabat handai kerana org2 d sekeliling kitalah yg bakal membawa kita sama ada ke syurga atau neraka.Apa yg ptg, semuanya adalah pilihan kita.

PINTU-PINTU SYURGA

LAPAN PINTU
  • BABUN AR-RASUL(PINTU PARA RASUL & NABI)
  • BABUN AZ-ZAKAH(PINTU ZAKAT)
  • BABUN AL-HAJJ(PINTU HAJI)
  • BABUN ASY-SYAHADAH(PINTU SYAHADAT& SELAWAT)
  • BABUN ASH-SHOLIHIN(PINTU SOLIHIN)
  • BABUN ASH-SHIDDIQIN(PINTU SIDDIQIN)
  • BABUN AL-'ILM(PINTU ILMU & IMAN)
  • BABUN AR-RAHMAN(PINTU RAHMAT)
  • BABUN AT-TAUBAH(PINTU TAUBAT)
*dlm b.arab pintu dipanggil babun

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud,

''Demi Allah,demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah & Basrah''
<Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim>

TAMAN-TAMAN DI SYURGA

Jika di dunia ini kita selalu melihat taman-taman yg dihiasi indah dgn aneka mcm tumbuhan & bermacam-macam bunga, d situ kita boleh menghabiskan berjam-jam sambil menikmati keindahan & mencari ketenangan. Begiru juga d syurga, Allah mencipta taman2 bagi penghuninya.

     Ada 2 bentuk taman d syurga sebagaimana hadis Rasulullah SAW yg bermaksud,

''2 taman yg dicipta Allah dari perak dgn segala apa yg ada padanya. 2 taman yg dicipta Allah dari emas dgn segala apa padanya''
<Hadis Riwayat Bukhari Muslim>

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yg terus menerus mengalir airnya dgn tenang. At-Tabrani meriwayatkan bahawa d taman-taman tersebut ada pohon-pohon yg rendang, besar. tinggi, dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun & ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yg amat merdu. Sehingga tdk dpt d bandingkan manakah yg lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

DOA TAUBAT

Khamis, 7 Julai 2011

Nama-nama Syurga,ahli dan cahayanya

NAMA-NAMA SYURGA

 Al-quran menyenaraikan nama-nama syurga sesuai dgn tingkatan & jenis penghuninya.Tingkatan & nama-nama syurga ialah:

  1. SYURGA FIRDAUS
  2. SYURGA 'ADN
  3. SYURGA NAIM 
  4. SYURGA NA'WA
  5. SYURGA DARUSSALAAM
  6. SYURGA MUAQAAMAH
  7. SYURGA AL- MUQQAMUL AMIN
  8. SYURGA KHULDI

 AHLI-AHLI SYURGA

  1. Roh para nabi & rasul
  2. Roh para ulama
  3. Roh para syuhada(org2 yg mati syahid)

TIGA CAHAYA DI SYURGA

Diriwayatkan di dlm kitab Imam Hanafi, bahawa di hari kiamat ada 3 cahaya yg berlainan:
  1. Cahaya pertama seperti bintang-bintang
  2. caya kedua seperti cahaya bulan purnama
  3. cahaya ketiga seperti cahaya matahari
(keterangan)

cahaya pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yg ketika di dunia, mereka segera meninggalkan kerja-kerja dunia & terus bersuci dan mengambil wuduk apabila terdengar azan. Cahaya kedua seperti bln purnama ialah cahaya dari wajah2 merekayg mengambil air sembahyang sebelum azan berkumandang. Cahaya yg ketiga seperti matahari ialah ini kerana mereka di dunia sudah siap sedia di dlm masjid sblm azan lagi.