Jumaat, 8 Julai 2011

TAMAN-TAMAN DI SYURGA

Jika di dunia ini kita selalu melihat taman-taman yg dihiasi indah dgn aneka mcm tumbuhan & bermacam-macam bunga, d situ kita boleh menghabiskan berjam-jam sambil menikmati keindahan & mencari ketenangan. Begiru juga d syurga, Allah mencipta taman2 bagi penghuninya.

     Ada 2 bentuk taman d syurga sebagaimana hadis Rasulullah SAW yg bermaksud,

''2 taman yg dicipta Allah dari perak dgn segala apa yg ada padanya. 2 taman yg dicipta Allah dari emas dgn segala apa padanya''
<Hadis Riwayat Bukhari Muslim>

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yg terus menerus mengalir airnya dgn tenang. At-Tabrani meriwayatkan bahawa d taman-taman tersebut ada pohon-pohon yg rendang, besar. tinggi, dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun & ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yg amat merdu. Sehingga tdk dpt d bandingkan manakah yg lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

Tiada ulasan: